Jurnal e-Utama
Jurnal e-UTAMA adalah  jurnal elektronik yang berwasit. Jurnal ini bertujuan menjadi wahana penerbitan penulisan akademik dalam bidang pendidikan, bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu. Ia juga sebagai sebuah medan intelektual untuk para akademik dan penyelidik mengemukakan penemuan, baik yang berupa dapatan kajian, metodologi, esei, kritikan dan juga teori. Jurnal ini dikelolakan oleh Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Jurnal e-UTAMA mengetengahkan makalah-makalah yang mempamerkan inovasi kesarjanaan dalam Pengajian Melayu dengan tujuan membina pengkajian dalam bidang tersebut. Jurnal ini menerbitkan makalah-makalah yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Indonesia dan melibatkan pengarang, pembaca dan pewasit antarabangsa. Jurnal e-Utama menggalakkan dan menerima makalah mengenai masyarakat Melayu dari pelbagai disiplin atau yang bersifat silang disiplin termasuk bidang-bidang seperti Falsafah, Sejarah, Sosiologi, Antropologi, Psikologi, Feminisme, Media dan Komunikasi, Kajian Budaya, Kajian Gender, Polisi dan Pentadbiran, Geografi, Ekonomi, Sains Politik, Kajian Sastera, Kajian Perundangan, Teori Sosial, Undang-undang, Literasi dan Pendidikan, Teologi, Kajian Silang Budaya, Globalisasi, Kajian Buruh, Kajian Pasca Kolonial, Seni Tampak dan Persembahan, Arkeologi, Kajian Warisan, Kajian Kaum, Sains dan Teknologi, dan Kajian Perkembangan.

Jurnal e-UTAMA akan menerbitkan makalah-makalah yang telah disahkan oleh tiga pewasit (melalui proses penilaian tertutup berganda) sebagai makalah yang relevan dan unggul dari segi sumbangan isi dan mutu keaslian dalam mana-mana sub-bidang Pengajian Melayu.




Jurnal e-Utama
Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu
1 Nanyang Walk
Faks (65) 6896 9033                                      

Institusi Pendidikan Nasional
Singapura 637616
Emel paitoon.c@nie.edu.sg             

Universiti Teknologi Nanyang
Telefon (65) 6790 3505
ISSN 2010-0124