Laman Utama Mengenai Kami Fakulti Program Kegiatan English Version

HUBUNGI KAMI:

Pejabat Jabatan Bahasa & Kebudayaan Asia:
+65 6790 3516 ( Tel )
+65 6896 9033 (Faks)

Alamat Pos:
Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang
Blok 3, Tingkat 3
1 Nanyang Walk
Singapura 637616

Emel:
Puan Saripah Basir
(Pegawai Jabatan) saripah.basir@nie.edu.sg

Profesor Madya Hadijah Rahmat

Bilik 3-03-74
Asian Languages and Cultures NIE/NTU
Tel: +65 67903523
hadijah.rahmat@nie.edu.sg

Profesor Madya Hadijah Rahmat mula bertugas di Institut Pendidikan Nasional pada tahun 1987. Beliau memperolehi Ijazah Phd dalam Pengajian Melayu dan Indonesia dari Sekolah Pengajian Timur dan Afrika, Universiti London. Bidang penyelidikan beliau ialah sastera Melayu klasik dan moden, sastera kanak-kanak, pendidikan sastera, sastera Islam, historiografi Melayu, sastera Melayu Singapura, sejarah penempatan Melayu dan perkembangan sosio-budaya Melayu Singapura.

Prof Madya Hadijah Rahmat mengajar kaedah mengajar sastera dan pendidikan sastera untuk program siswazah dan pasca-siswazah. Beliau sudah menghasilkan 9 buah buku, menyunting 11 buku dan amat giat menyumbang kepada penulisan akademik di jurnal antarabangsa.

Antara buku-buku yang dihasilkannya:

  1. Sastera dan Manusia Melayu Baru-Kumpulan Esei dan Wawancara (1998)

  2. Munsyi, sebuah drama sejarah, berdasarkan autobiografi Abdullah bin Sheikh Abdul Kadir Munshi (1998)

  3. Di Tengah Alam, antologi Puisi (1998)

  4. Antara Dua Kota-Mengesan Jejak-jejak Peninggalan Munsyi Abdullah di Melaka dan Singapura (1999) yang memenangi Hadiah Sastera Singapura 2000 (Non-Fiksi)

  5. In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in 'Traditional' Malay Literature ( 2001)

  6. Kilat Senja - Sejarah Sosial dan budaya Kampung-Kampung di Singapura (2005)

  7. Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak (2006)

Antara buku-buku yang disuntingnya:

  1. Rhythms: A Singaporean Millennial Anthology of Poetry (2000)

  2. Selves-Jati Diri-Citra Seni Di Singapura (2002)

  3. Anak Bumi, Citra Minda, Projek X, Prisma Pentas, Potret Diri Seorang Penyair dan Gelombang Kasih, Siri Karya Anugerah Persuratan Singapura 1993-2001 (2003, 2004), Jil 1-6

Berita

Para pelajar, sila kunjungi lelaman rasmi NIE untuk mendapatkan berita yang terkini tentang aktiviti di kampus.