Laman Utama Mengenai Kami Fakulti Program Kegiatan English Version

HUBUNGI KAMI:

Pejabat Jabatan Bahasa & Kebudayaan Asia:
+65 6790 3516 ( Tel )
+65 6896 9033 (Faks)

Alamat Pos:
Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang
Blok 3, Tingkat 3
1 Nanyang Walk
Singapura 637616

Emel:
Puan Saripah Basir
(Pegawai Jabatan) saripah.basir@nie.edu.sg

Felo Pengajar, Puan Nor Hanisah Saphari

Bilik 3-03-41
Asian Languages and Cultures NIE/NTU
Tel: +65 67903525
hanisah.saphari@nie.edu.sg

Felo Pengajar, Puan Nor Hanisah menganggotai kumpulan akademik Bahasa dan Budaya Asia, NIE pada Jun 2010. Sebelum ini beliau bertugas di Kementerian Pendidikan Singapura sebagai guru Bahasa Ibunda dan Sastera. Sepanjang kerjaya beliau sebagai guru, beliau telah mengajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan maktab rendah. Di samping mengajar Bahasa Ibunda dan Sastera, beliau juga pernah ditugaskan untuk menyelia pelajar-pelajar Tugasan Project (Project Work) di peringkat Sijil Pelajaran peringkat 'A'.

Di sekolah juga beliau pernah menjadi ketua kumpulan Kajian Tindakan yang menumpukan kepada penggunaan grafik sebagai bahan penulisan esei Bahasa Ibunda. Beliau juga pernah diamanahkan untuk menjadi mentor kepada guru-guru yang baru memasuki perkhidmatan di sekolah beliau mengajar. Beliau pernah diberikan beberapa anugerah untuk mengiktiraf pencapaian dan kelakonan cemerlang dalam bidang pendidikan dan perguruan. Di samping mengajar di sekolah, beliau juga pernah membuat pembentangan dan sesi perkongsian di dalam dan luar negara. Antara sesi tersebut termasuklah perkongsian bersama para pengetua sekolah dan guru bahasa di Purbalingga, Indonesia.

Beliau menerima Sijil Pendidikan (Pengkhususan Bahasa Melayu) dari Institut Pendidikan Singapura pada tahun 1991 dan kemudian melanjutkan pengajian dan menerima ijazah sarjana muda (kepujian) dari Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Nasional Singapura pada tahun 2002. Pada tahun 2008, beliau memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dan beliau merupakan penerima Anugerah Emas Pertubuhan Guru-guru Singapura (STU) yang mengiktiraf pencapaian cemerlang beliau dalam pengajian tersebut.

Bagi memenuhi keperluan kursus ijazah sarjana, beliau telah membuat kajian yang bertajuk " Pembelajaran Berpengalaman: Keberkesanannya dalam kajian kes Projek Antropologi terhadap sekumpulan pelajar tahun satu di sebuah maktab rendah di Singapura." Antara kursus yang diajar di NIE termasuklah Pengajaran Sastera, Kurikulum Bahasa: Pendekatan dan Kemahiran, serta Pendidikan Moral. Kursus-kursus ini ditawarkan kepada guru-guru pelatih di peringkat diploma, ijazah dan diploma pos siswazah.

Puan Hanisah sedang mengikuti kursus PhD di NIE. Tajuk kajian beliau ialah Nilai dalam Sastera Kanak-kanak.

Berita

Para pelajar, sila kunjungi lelaman rasmi NIE untuk mendapatkan berita yang terkini tentang aktiviti di kampus.