Laman Utama Mengenai Kami Fakulti Program Kegiatan English Version

HUBUNGI KAMI:

Pejabat Jabatan Bahasa & Kebudayaan Asia:
+65 6790 3516 ( Tel )
+65 6896 9033 (Faks)

Alamat Pos:
Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang
Blok 3, Tingkat 3
1 Nanyang Walk
Singapura 637616

Emel:
Puan Saripah Basir
(Pegawai Jabatan) saripah.basir@nie.edu.sg

Siri Seminar Jalinan-Budi:
Menjana Budaya Penyelidikan dan Wacana Keilmuan

Jalinan-Budi adalah siri seminar yang dikelolakan oleh Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu bertujuan menjadi wadah untuk perkongsian ilmu oleh para sarjana, serta menjana minat untuk membuat penyelidikan agar ia dapat dimanfaatkan kepada khalayak baik dari dalam dunia akademik mahupun di peringkat awam. Majlis ilmu ini juga berhasrat memberi peluang kepada para pengkaji muda untuk berkesempatan menguji dapatan dan idea mereka, selain ianya menjadi saluran bagi para sarjana yang sudah mapan untuk terus menyumbangkan dan memperluaskan budaya ilmu.

Seminar ini dengan falsafah dan visi untuk mengkedepankan budaya penyelidikan dan wacana keilmuan dalam domain sosial terbuka kepada para semua ahli akademik, para pelajar program pasca-sarjana, mahasiswa serta para penyelidikan setempat. Ianya di adakan dalam bentuk bersiri setiap semester dan dasar dwibahasa Melayu dan Inggeris dipertetapkan agar ianya mempermudah pertukaran dan pembaikan ilmu. Moga Jalinan-Budi dapat meneroka dan menjalinkan terus hasrat kita untuk membangunkan budaya ilmu dan perkongsian idea di kalangan ilmuan dan pelajar setempat.

Siri Seminar Jalinan-Budi 2014

Rabu, 18 Jun 2014

The Person and Religions Poetry in Malay oleh Prof Harry Aveling

Rabu, 26 Februari 2014

Perdagangan dan Penghijrahan Membuka Jalan Baru kepada Penyebaran Karya Sastera Melayu Tradisional oleh Dr Ding Choo Ming

Rabu, 19 Februari 2014

Young Children Becoming Authors and Translators oleh Dr Raymonde Sneddon

Rabu, 29 Januari 2014

Pemulihan dan penjagaan pesalah juvenil dan penjagaan kanak-kanak dan belia dalam masyarakat Melayu-Islam: Pengalaman masa lalu dan cabaran masa depan oleh Dr Sharifah Mariam Aljunied

Siri Seminar Jalinan-Budi 2013

Rabu, 9 Oktober 2013

Perkembangan Muzik Melayu oleh Encik Yusnor Ef

Rabu, 18 September 2013

Bahasa Melayu di Singapura: Cabaran, Dilema dan Masa Depan oleh Prof Madya Roksana Bibi Abdullah

Rabu, 12 Jun 2013
"Geolinguistik Melayu di Luar Nusantara"  oleh
Profesor Emeritus Dr Asmah Haji Omar

Laporan di Berita Suria , 12 Jun 2013:
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU CUKUP MELUAS
DI LUAR RANTAU NUSANTARA


Tahukah anda Liverpool, England pada suatu masa dahulu merupakan kawasan penyebaran bahasa Melayu?

Ini menunjukkan penyebaran bahasa Melayu boleh dianggap cukup meluas bukan sekadar di rantau Nusantara ini sahaja tetapi juga di kelompok-kelompok di Australia sehingga ke Eropah.

Namun Bahasa Melayu di kawasan-kawasan bukan tradisional ini mengalami "nasib" yang berbeza-beza, bergantung pada keadaan sosiopolitik negara tersebut.

Itulah kupasan utama dalam seminar berjudul "Geolinguistik Melayu di Luar Nusantara" yang dikelolakan Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu, NIE.

 

Rabu, 20 Mac 2013
"Merayau Sepanjang Jalan: Rencaman Kritikan Sastera Melayu [Tinjauan terhadap Ranjau Sepanjang Jalan]"  oleh
Dr Azhar Ibrahim

Rabu, 27 Februari 2013
"Kerelevanan Perubatan Tradisional Melayu Dalam Konteks Singapura Moden" oleh Cik Humairah Bte Zainal

Laporan di Berita Suria , 27 Februari 2013:
SEJAUH MANA PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU RELEVAN KINI?

Sejauh manakah pula perubatan tradisional Melayu relevan dalam konteks kehidupan moden seperti Singapura?

Itulah yang dikupas dalam Seminar Jalinan-Budi yang dikelolakan Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu, NIE.

Berdasarkan hasil kajiannya seorang ahli akademik berharap dapat mengubah salah tanggapan tentang perubatan tradisional Melayu.

Siri Seminar Jalinan-Budi 2012

Rabu, 24 Oktober 2012
"Minda Arkitek dalam Penggarapan Buku Tatabahasa Melayu" oleh Prof Madya Paitoon Masmintra Chaiyanara

Rabu, 19 September 2012
"Tradisi Sastera Johor-Riau: Suatu Tinjauan Awal" oleh Puan Kartini Anwar

Rabu, 29 Ogos 2012
"A history of Malay secular schools in colonial and post-colonial Singapore, 1819-1985" oleh Dr Lim Peng Han

Rabu, 4 April 2012
"Perjalananku Melalui Puisi Menegakkan Keadilan Menerusi Agama dan Bangsa" oleh Tuan Haji Suratman Markasan

Rabu, 7 Mac 2012
"Varieties of Religious Orientations Amongst the Malay/Muslims in Southeast Asia and the Prospect of Muslim Personal Law Reform" oleh Dr Noor Aisha Abdul Rahman

Rabu, 15 Februari 2012
"Lembaran Sejarah yang Hilang: Senibina dan Perkotaan Masyarakat Melayu-Nusantara di Singapura, 1810-1960" oleh Dr Imran Bin Tajudeen

Komentari : "Tentang Merantau, Campong & Kita: Membelek kembali Lembaran Sejarah yang Hilang" oleh Andi Zulkepli

Rabu, 25 Januari 2012
"Sekolah Rakyat sebagai Nadi Pendidikan Masyarakat Islam Singapura sebelum Kemerdekaan" oleh Dr Sa'eda Buang

Siri Seminar Jalinan-Budi 2011

Khamis, 1 Disember 2011
"Ciri-ciri Sasterawan Agung" oleh Dr Budi Darma

Rabu, 17 Ogos 2011
"Pelayaran Menjejaki Warisan Sejarah Munsyi Abdullah di Eropah: Sebuah Album Pengalaman" oleh Prof Madya Hadijah Rahmat

Rabu, 27 April 2011
"1: Kalis Google: Mengajar Pemikiran Kritis
2: Kerana Nila(i) Setitik: Menceduk dalam Belanga ICT bagi Pendidikan
"
oleh Puan Roszalina Rawi dan Puan Nor Hanisah Saphari

Rabu, 6 April 2011
"Antara Keseragaman dan Penstandardan:
Ke Arah Pencapaian Pedoman Sebutan Bahasa Melayu Singapura
" oleh Encik Mohd Aidil Subhan

Jumaat, 11 Mac 2011
"Kepentingan Prosodi dalam Lisan dan Hubungannya dengan Semantik Melayu" oleh Prof Madya Dr Indirawati Zahid

Berita

Para pelajar, sila kunjungi lelaman rasmi NIE untuk mendapatkan berita yang terkini tentang aktiviti di kampus.