Laman Utama Mengenai Kami Fakulti Program Kegiatan English Version

HUBUNGI KAMI:

Pejabat Jabatan Bahasa & Kebudayaan Asia:
+65 6790 3516 ( Tel )
+65 6896 9033 (Faks)

Alamat Pos:
Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang
Blok 3, Tingkat 3
1 Nanyang Walk
Singapura 637616

Emel:
Puan Saripah Basir
(Pegawai Jabatan) saripah.basir@nie.edu.sg

Pensyarah , Puan Kartini Anwar

Bilik 3-03-44
Asian Languages and Cultures NIE/NTU
Tel: +65 67903528
kartini.anwar@nie.edu.sg

Pensyarah , Puan Kartini menganggotai kumpulan akademik Bahasa dan Budaya Asia, NIE pada Jun 2007. Sebelum ini, beliau bertugas di Kementerian Pendidikan Singapura sebagai guru Bahasa Ibunda. Perjalanan beliau dalam dunia pendidikan bermula setelah meraih Diploma Pendidikan (Pengkhususan Bahasa Melayu) dengan Kepujian, dari Institut Pendidikan Nasional pada 1999. Beliau kemudian ditempatkan di Sekolah Rendah Boon Lay Garden.Beliau meraih ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) dengan Kepujian dalam bidang bahasa dan sastera Melayu pada 2003. Beliau juga menerima anugerah pelajar cemerlang daripada Kesatuan Guru Melayu Singapura. Setelah itu, beliau mengajar di Sekolah Menengah Bendemeer dan selama empat tahun berkhidmat di sekolah tersebut, beliau sempat melanjutkan pengajian dengan mengambil kursus pos siswazah untuk meraih ijazah Sarjana dalam bidang kesusasteraan.

Puan Kartini kini bertugas sebagai Pensyarah di samping mengejar PhDnya bertajuk " Tradisi Sastera Johor-Riau: Suatu Studi Budaya". Tesis Sarjana beliau berpusat pada kajian mengenai pemikiran dan kepengarangan Raja Ali Haji, cendekiawan dan tokoh penting Kerajaan Johor-Riau, pada abad ke-19. Di NIE, Puan Kartini mengajar Sastera Melayu Tradisional, Pengajaran Sastera Melayu Moden, Sastera Melayu/Indonesia Moden, Teks Sastera Pilihan dan Pengajaran Pendidikan Moral.

Antara penerbitannya:

  1. "Manisfestasi Alam Dalam Karya Sastera Riau".Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia, (2010)

  2. "Pemanfaatan Dana Pengetahuan: Dari Konteks Luar Sekolah ke Bilik Darjah." SEA Malay Language and Pedagogy Conference. Malaysia Institute of Teachers' Education. Seremban, Malaysia (03-05 November 2009)

  3. "Sastera Sebagai Unsur Kaunter Hegemoni: Analisis Terhadap Mevrouw Toga Karya Arena Wati." Seminar Pemikiran Arena Wati anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, ( 09-10 Jun 2009)

  4. "Sastera Remaja dan Pembinaan Bangsa: Menguak Aspirasi, Menjana Rekayasa". Universiti Sains Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Penang, Malaysia, (23-24 Dec 2008)

  5. "Pendidikan Sastera di Sekolah - Ideologi, Budaya Politik dan Kanonisasi"(HISKI), Universitas Malang, Surabaya, (13 - 15 Aug 2008)

  6. "Rawsynfikri: Jauhari Yang Mengenal Manikamnya". Seminar Masuri S.N. Anjuran bersama ALC (MLC), NTU dan NLB Singapura, (25 -27 Jul 2008)

  7. "Keledang Karya A.Samad Said: Satu Analisis dari Sudut Psikoanalisis Lacan." Seminar Pemikiran A. Samad Said anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (13 -15 Mei 2008)

  8. "Menyelak Tirai Sejarah: Tuhfat al-Nafis dan Surat-surat Perempuan Johor" Seminar Antarabangsa Kelima Sastera SEA anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (27 - 28 Nov 2007)

Berita

Para pelajar, sila kunjungi lelaman rasmi NIE untuk mendapatkan berita yang terkini tentang aktiviti di kampus.