Laman Utama Mengenai Kami Fakulti Program Kegiatan English Version

HUBUNGI KAMI:

Pejabat Jabatan Bahasa & Kebudayaan Asia:
+65 6790 3516 ( Tel )
+65 6896 9033 (Faks)

Alamat Pos:
Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang
Blok 3, Tingkat 3
1 Nanyang Walk
Singapura 637616

Emel:
Puan Saripah Basir
(Pegawai Jabatan) saripah.basir@nie.edu.sg

Kegiatan

Gambar di atas: Para pelajar Diploma Tahun 1 seronok belajar tentang konsep kostruktivisme dan kolaborasi di dalam aktiviti kelas.

Para pensyarah dan pelajar dari Jabatan kami terlibat dalam pelbagai kegiatan kampus yang menarik dan rancak. Kami mengalu-alukan penglibatan anda dalam kesemua kegiatan kami! Berikut adalah kalendar kegiatan kami.

Jan-Jun 2014

Sorotan Penting: Bengkel penilaian sastera oleh guru pakar, Cikgu Muslim Hanafiah, Pameran pakej pelajaran dan pembelajaran sastera oleh pelajar tahun akhir BA, Pameran pengajaran pendidikan moral oleh pelajar tahun 1 peringkat Diploma dan program pembelajaran berdasarkan pengalaman dan di luar kuliah oleh pelajar peringkat BA dan Diploma dalam pelbagai kursus termasuklah lawatan darmawisata ke Pulau Penyengat, Riau, Indonesia.

Julai-Disember 2013

Pelbagai sesi dijalankan bagi memberi peluang kepada guru pelatih untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada guru-guru bertauliah dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk memperkaya pengalaman di kampus.

Perayaan Hari Raya "The Price is Raya" - 28 Ogos 2013: Sambutan Aidilfitri dimeriahkan dengan kehadiran tetamu terhormat Prof Michael Chia (Dekan, OFA)

Jan-Jun 2013

Seminar Pendita Dr. Muhammad Ariff Ahmad - MAS Yang Kukenal telah menampilkan lebih sepuluh pembicara tentang sumbangan Dr Muhammad Ariff Ahmad dalam berbagai bidang, dan telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 di NLB. Dua orang pembicara undangan khas dari luar negara ialah Profesor Emeritus Abdullah Hassan (Malaysia) dan Dr Tenas Effendy (Indonesia).

Siri Seminar Jalinan-Budi 2013 yang dianjurkan oleh Jabatan telah menampilkan perkongsian yang amat bernas oleh Dr Azhar Ibrahim Alwee dan Puan Humairah Bte Zainal.

Jan-Sept 2012

Siri Seminar Jalinan-Budi 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan menjanjikan perspektif yang menarik dan segar dari para sarjana yang mapan. Majlis ilmu ini berhasrat memberi saluran bagi para sarjana untuk terus menyumbankan ilmu dalam bidang pendidikan Melayu, bahasa, sastera dan budaya.

Mac 2012

Edisi khas Jurnal e-Utama oleh Jabatan telah diterbitkan pada 1 Mac 2012. Lawati edisi khas jurnal dalam talian ini di http://mlc.alc.nie.edu.sg/jilid3.html

Julai 2012

Pada 4hb Julai 2012, Simposium Pemantapan Sebutan Baku telah dianjurkan oleh Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu NIE sempena Bulan Bahasa 2012. Simposium ini bertujuan untuk memantapkan penggunaan sebutan baku dalam sistem pendidikan di Singapura secara berterusan. Tiga kertas dasar telah dibentangkan dalam simposium tersebut:
1) Menelusuri Sejarah Pembakuan Sebutan Bahasa Melayu oleh Profesor Madya Dr Roksana Bibi Abdullah
2) Perancangan Sebutan Baku: Tinjauan Terhadap Kerasionalan oleh Encik Mohd Aidil Subhan Bin Mohd Sulor
3) Sebutan Fonemik: Satu Penyelesaian Pragmatik Permasalahan Sebutan Baku oleh Profesor Madya Dr Paitoon M.Chaiyanara

September 2012

Pada 5hb September 2012, PERBAYU NTU dengan sokongan Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu, Kumpulan Akademik Bahasa dan Kebudayaan Asia, NIE menganjurkan sambutan Hari Raya 2012 di LT8.

Pada 5hb September 2012, sesi perkongsian guru-guru sastera telah dianjurkan untuk mendedahkan para peserta kursus pengajaran sastera kepada pengalaman dan kemahiran mengajar subjek kesusasteraan Melayu di sekolah menengah di Singapura.
Tajuk perkongsian: Kegiatan dan program kesusasteraan di sekolah menengah serta cabaran-cabarannya
Penyampai: Cg Muslim Hanafiah (Guru peneraju, Sekolah Menengah Yusof Ishak), Cg Rasidah Mohd Rasit (Ketua Subjek, Sekolah Menengah Tanjong Katong, Cg Sazali Sahri (Ketua Subjek, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang)


Pada 6hb September 2012, sesi perkongsian guru-penulis
telah dianjurkan untuk memberi peluang kepada para peserta kursus pengajaran sastera serta sesiapa yang berminat untuk meraih pengetahuan daripada, Cg Roslie Buang Sidik, Ketua Jabatan Bahasa dan Estetik, Sekolah Rendah Fernvale yang merupakan seorang guru dan juga penulis.Tajuk perkongsian: Kerelevanan sastera dalam kerjaya pendidikan

Sidang Media

4hb Julai 2012, Berita Harian :Simposium cari huraian permasalahan sebutan baku

5hb Julai 2012, Berita Harian: Simposium usul sebutan baku terus diperkasa

7hb Julai 2012, Berita Harian (Forum): Ke arah bahasa saintifik dan artistik

Arkaib Kegiatan Jabatan (2011)

 

Kalendar Kegiatan

Para pelajar, sila kunjungi lelaman rasmi NIE untuk mendapatkan berita yang terkini tentang aktiviti di kampus.