Laman Utama Mengenai Kami Fakulti Program Kegiatan English Version

HUBUNGI KAMI:

Pejabat Jabatan Bahasa & Kebudayaan Asia:
+65 6790 3516 ( Tel )
+65 6896 9033 (Faks)

Alamat Pos:
Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang
Blok 3, Tingkat 3
1 Nanyang Walk
Singapura 637616

Emel:
Puan Saripah Basir
(Pegawai Jabatan) saripah.basir@nie.edu.sg

Mengenai Kami

Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (MLCD) di Institut Pendidikan Nasional merupakan cabang  daripada Kumpulan Akademik  Bahasa dan Kebudayaan Asia.

Matlamat Kami

Sejak awal penubuhannya, matlamat jabatan ini adalah bagi mengukuhkan program latihan guru dan pengajian kesarjanaan; serta kursus-kursus lanjutan bagi perkembangan profesional guru-guru bahasa Melayu dengan menawarkan pelbagai program yang bermutu tinggi. Di samping melatih guru-guru dengan kemahiran asas bagi mengajar di sekolah rendah dan menengah, MLCD juga menawarkan peluang-peluang pengajian kepada guru-guru pelatih dan guru-guru dalam perkhidmatan dalam bidang-bidang yang khusus, sesuai dengan minat mereka.

Tujuan utama penawaran kursus-kursus di MLCD adalah bagi menyediakan para pelajar untuk kerjaya dalam bidang pendidikan atas dasar nilai dan pendekatan  profesional yang kukuh yang wajib  dipraktikkan oleh mereka dalam pengajaran bahasa dan sastera Melayu

Struktur Modular

Jabatan merencanakan  program-program modularnya kepada tiga cabang utama:  bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan/peradaban. Kebanyakan kursus diajarkan dalam bahasa Melayu. Kursus-kursus bahasa ditawarkan di semua peringkat yang merangkumi perkembangan psikolinguistik dengan meneroka kajian-kajian terkini serta model-model teoretikal bagi pemerolehan bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak, serta pengenalan kepada teori-teori, permasalahan dan pengkaedahan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Berita

Para pelajar, sila kunjungi lelaman rasmi NIE untuk mendapatkan berita yang terkini tentang aktiviti di kampus.