Laman Utama Mengenai Kami Fakulti Program Kegiatan English Version

HUBUNGI KAMI:

Pejabat Jabatan Bahasa & Kebudayaan Asia:
+65 6790 3516 ( Tel )
+65 6896 9033 (Faks)

Alamat Pos:
Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang
Blok 3, Tingkat 3
1 Nanyang Walk
Singapura 637616

Emel:
Puan Saripah Basir
(Pegawai Jabatan) saripah.basir@nie.edu.sg

Profesor Madya Mukhlis Abu Bakar

Bilik 3-03-26C
Asian Languages and Cultures NIE/NTU
Tel: +65 67903567
mukhlis.abubakar@nie.edu.sg

Profesor Madya Mukhlis Abu Bakar mula berkhidmat di Institut Pendidikan Nasional pada tahun 2002. Beliau memperoleh Ijazah PhD dari Universiti Wales, Bangor, UK. Sebelum memegang jawatan di Institut ini, beliau mengajar di Universiti Nasional Singapura. Kursus-kursus yang diajar termasuk tatabahasa, literasi dari sudut sosio-budaya dan literasi kritis. Bidang kajian yang diminati ialah literasi kanak-kanak di persekitaran rumah, sekolah dan pendidikan agama. Isu-isu pengalaman dan amalan membaca serta kaitan bentuk dan fungsi bahasa dengan amalan sosial memandu penyelidikan beliau terhadap pengalaman literasi kanak-kanak.

Beliau pernah menerima Anugerah Kecemerlangan dalam Pengajaran dari NIE pada tahun 2011. Juga memperoleh lima geran penyelidikan, kesemuanya selaku Penyelidik Utama. Kini menjalankan projek kajian bersama Kementerian Pendidikan mengenai pembelajaran dwiliterasi di kalangan kanak-kanak menggunakan buku cerita dwibahasa.

Antara penerbitannya ialah:

  1. Mukhlis Abu Bakar (In-press). Transmission and development of literacy values and practices: An ethnographic study of a Malay family in Singapore. In Silver, R. E., & Bokhorst-Heng, W. D. (Eds.), Quadrilingual Education in Singapore: Pedagogical Innovation in Language Education. London: Springer Press
  2. Mukhlis Abu Bakar (2012). Learning and spirituality in young Muslim children. Journal of Religious Education, 60(3), 25-34.
  3. Mukhlis Abu Bakar (2010).Struktur dan Makna dalam Bahasa. Singapore: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
  4. Mukhlis Abu Bakar (2009). "Islamic religious education and Muslim religiosity in Singapore". In James A. Banks (Ed.), The Routledge International Companion to Multicultural Education (pp. 437-448). New York: Routledge, Taylor & Francis.
  5. Mukhlis Abu Bakar (2007). "One size can't fit all": A story of Malay children learning literacy'. In V. Vaish, Gopinathan S. & YB Liu (Eds.), Language, Capital, Culture: Critical Studies of Language in Education in Singapore (pp. 175-205). Rotterdam: Sense Publishers.
  6. Mukhlis Abu Bakar (2006). Between state interests and citizen rights: Whither the madrasah. In Noor Aisha Abdul Rahman & Lai, A. E. (Eds.), Secularism and Spirituality: Seeking Integrated Knowledge and Success in Madrasah Education in Singapore (pp. 29-57). Singapore: Institute of Policy Studies & Marshall Cavendish Academic.

Perkembangan Terkini

Dr Mukhlis telah memulakan penyelidikan baru yang dibiayai tentang pembelajaran dwiliterasi melalui penggunaan buku dwibahasa. Dalam kajian ini, beliau akan menyiasat bagaimana kanak-kanak Melayu pra-sekolah di Singapura memberi tindak balas kepada buku dwibahasa Inggeris-Melayu sewaktu membaca di luar waktu kurikulum. Para peserta akan terdiri daripada kanak-kanak pra-sekolah dari keluarga yang cenderung berbahasa Inggeris dan yang cenderung berbahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk memajukan pemahaman tentang pembangunan dan penglibatan dengan pelbagai bahasa dengan:

  • mengenal pasti beberapa strategi yang digunakan oleh kanak-kanak yang sedang belajar membaca menggunakan teks dwibahasa, dan strategi yang digunakan oleh ibu bapa ketika membaca dengan kanak-kanak ini;
  • meneroka sifat pemindahan strategi, konsep dan kemahiran antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu;
  • meneroka kesan kepada pemahaman metalinguistik dan kefahaman membaca cerita serentak dalam dua bahasa;
  • mengkaji kesan aktiviti membaca kepada identiti peribadi dan pelajar yang sedang berkembang dalam diri kanak-kanak;


Projek ini dirancang sebagai perintis untuk mengenal pasti isu-isu utama yang boleh menyumbang kepada reka bentuk kajian yang lebih luas yang mungkin termasuk kanak-kanak daripada kumpulan umur yang lain seperti pelajar sekolah rendah.

 

Berita

Para pelajar, sila kunjungi lelaman rasmi NIE untuk mendapatkan berita yang terkini tentang aktiviti di kampus.