Laman Utama Mengenai Kami Fakulti Program Kegiatan English Version

HUBUNGI KAMI:

Pejabat Jabatan Bahasa & Kebudayaan Asia:
+65 6790 3516 ( Tel )
+65 6896 9033 (Faks)

Alamat Pos:
Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu
Institut Pendidikan Nasional
Universiti Teknologi Nanyang
Blok 3, Tingkat 3
1 Nanyang Walk
Singapura 637616

Emel:
Puan Saripah Basir
(Pegawai Jabatan) saripah.basir@nie.edu.sg

Pensyarah Kanan, Dr Sa'eda Buang

Bilik 3-03-75
Asian Languages and Cultures NIE/NTU
Tel: +65 67903522
saeda.buang@nie.edu.sg

Pensyarah Kanan, Dr Sa'eda Buang menganggotai kumpulan akademik Bahasa dan Budaya Asia, NIE sebagai seorang pensyarah dalam bidang kurikulum dan pedagogi pada 2001. Penyertaannya dalam bidang pendidikan agak lama, termasuk pengalaman mengajar di maktab rendah dan sekolah menengah. Beliau menerima ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Nasional Singapura, Diploma Pendidikan dari Institut Pendidikan, Singapura, dan Ijazah Falsafah Kedoktoran dari Universiti Teknologi Nanyang. Sumbangan Sa'eda dalam dunia penulisan melibatkan genre puisi dan cerpen. Pernah menerima Anugerah Persuratan (puisi) pada 2003 dan Anugerah Persuratan (cerpen) pada 2005. Puisinya yang bertajuk ‘Pustakaku dalam Remang Senja’ telah dialih bahasa dalam bahasa Mandarin oleh penulis Chan Maw Woh dan diterbitkan di akhbar Lianhe Zaobao pada tahun 2005.

Dr Sa'eda berminat membuat kajian dalam bidang perkembangan reformasi kurikulum, pendidikan madrasah, pengukuran literasi dan penaksiran alternatif, kurikulum dan kepemimpinan, penulisan kreatif dan sastera Melayu.

Bidang kajiannya yang terkini ialah pendidikan madrasah dari sudut perkembangan kurikulum, cabaran dan reformasi, baik yang di dalam negeri atau antarabangsa. Kajiannya melibatkan pengumpulan data empirikal dari madrasah di Singapura, menjalankan kerja pemerhatian dan intervensi.   Berkaitan dengan hal ini, beliau dilantik sebagai Editor undangan bagi isu khas jurnal Asia Pacific Journal of Education (2007) yang bertemakan "Pendidikan Muslim—Cabaran, Peluang dan Selanjutnya.

Kini Dr Sa'eda mengajar dalam bidang pengujian dan penaksiran alternatif kepada para guru pelatih dan guru-guru di sekolah.  Beliau pernah terlibat sebagai pemudahcara dalam tugas-tugas pengumpulan/pemarkatan skor bahasa ibunda yang dikendalikan oleh jabatan CRPP Panel Utama 5, pada 2005.  Kerja pengumpulan/pemarkatan ini melibatkan tugasan-tugasan dan kerja-kerja guru serta murid-murid sekolah dari segi mutu intelektualnya. Sa'eda amat berminat menerapkan aspek dan ciri-ciri ‘pembelajaran yang mendalam’ di sekolah-sekolah melalui tugasan/penaksiran yang bermutu.

Dr Sa'eda juga amat berminat mengkaji perkembangan dan kelainan-kelainan karya-karya penulisan Melayu di Singapura. Oleh itu, beliau turut sama mengkaji Perkembangan Penulisan Cerpen di Singapura sebagai satu projek kajian perbandingan mengenai karya penulis-penulis ASEAN tajaan DBP pada 2005.

Beliau pernah menerima Anugerah Kecemerlangan dalam Pengajaran (Kepujian) dari NIE pada tahun 2007 dan 2008. Juga menerima Anugerah Kepujian dari Dekan untuk Kecemerlangan dalam Kajian, NIE/NTU, pada tahun 2008 untuk kajiannya yang bertajuk “The Life and Future of Muslim Education” yang diterbitkan di Asia Pacific Journal of Education Special Issue, 27(1), 1-9.

Antara buku-buku yang dihasilkannya:

  1. Sa'eda Buang (2010). "Muslim education and globalization: the re-(de)positioning of languages and curriculum contents in Southeast Asia. In Vaish, V. (Ed.), Globalization of language and culture in Asia, Advances in Sociolinguistics Series. (pp. 33-59). London: Continuum Books. Asia Pacific Journal of Education Special Issue

  2. Sa'eda Buang (2008). Religious Education as Locus of Curriculum: A Brief Inquiry into Madrasah Curriculum in Singapore. In Lai Ah Eng (Ed.), Religious Diversity in Singapore (pp. 301-322).Singapore: Institute of Policy Studies, Singapore.

  3. Sa'eda Buang (2007).Madrasah and Muslim Education:Its Interface with Urbanization..In Pink, W.T. & Noblit, G.W (Eds.), International Handbook of Urban Education (pp. 321-342). Netherlands: Springer.

  4. Sa'eda Buang, Mastura Ismail (Ed.) (2007). Asia Pacific Journal of Education. Muslim Education-Challenges, Opportunities and Beyond. 27 (1)

  5. Sa'eda Buang (2003).Ke puncak pun tidak (To summit no more)-dan lain-lain cerpen. In Mana Sikana (Ed.), Menyeberang Selat (pp. 221-244). Singapore : Dragon Education Enterprise.

Berita

Para pelajar, sila kunjungi lelaman rasmi NIE untuk mendapatkan berita yang terkini tentang aktiviti di kampus.